Kelas Advokasi – Penipuan Kewangan
15 April 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan tajuk Penipuan Kewangan. Objektif kelas pada petang ini adalah untuk mengingatkan peserta tentang bahayanya Penipuan Kewangan Dalam Talian. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Pada kelas ini, dikongsikan tentang apa itu Penipuan Kewangan serta jenis penipuan yang seringkali melanda rakyat Malaysia kebelakangan ini. Kami juga mendedahkan peserta tentang contoh-contoh Scam. Akhir sekali sesi kelas ini, dikongsikan apa tindakan jika Scam ini terjadi kepada kita. Dengan perkongsian ini, kami juga war-warkan kepada peserta untuk kongsikannya dengan komuniti disini bagi memastikan komuniti sentiasa berjaga-jaga dalam kehidupan mereka dalam dunia sosial media masa ini.
Apa yang kita harapkan impak dari perkongsian ini dapat membantu peserta untuk sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang berlaku pada masa ini. Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif dan penuh semangat dalam sesi perkongsian. Semoga dengan pendedahan ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: